Kekalahan Darius oleh pemimping agung dan Macedonia yang bernama Alexander merupakan permulaan pemerintahan barat di Syria. Empayar Hellenistic menyatukan kedua-dua kebudayaan timur dan barat tetapi amat dipengaruhi oleh sistem dan kerangka Greek. Selepas kematian Alexander, Syria telah dibahagikan kepada dua empayar, pertama di bawah Plotemy dan kedua di bawah Seleucus. Syria di zaman itu di bawah pengaruh Seleucids. Bangsa Seleucids telah membina Apamea (berhampiran Allepo) ;. sebagai pengkalan tentera dengan menggunakan Lattakia (di pesisiran pantai Syria) sebagai pelabuhan utama mereka. Mereka juga telah membina kota kubu Doura Europos. Kesan-kesan sejarah di Apamea dan Doura Europos masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Semua bandar ini telah dibina di bawah senibina dan perancangàn Greek. Pada penghujung tempoh ini, datang pula bangsa Arab Nabatean dan arab selatan yang mengambil alih Damsyik dan Bosra, manakala bangsa Rom datang dan arab utara.