64 SEBELUM MASEHI- 395 SELEPAS MASEHI: ROM DAN RATU ZENOBIA

Walaupun bahagian selatan di bawah penguasaan bangsa Arab Nabaten (Al-Anba’), sebahagian besar Syria berada di bawah kuasa Rom di bawah pemimpin mereka Pompey.   
 
Di bawah pemerintahan Rom, pertanian dan ketamadunan Syria berkembang dan dengan sistem jalan raya yang terancang perdagangan menjadi rnakmur secara beransur-ansur.. Dalam masa mi juga empayar agung Palmyra makmur di bawah pimpinan Ratu Zenobia. Beliau telah menawan kebanyakan Mesir dan Asia Minor (Turki sekarang ini) namun beliau telah ditewaskan oleh Rom dalam tahun 272 masehi. Sepanjang tempoh ini, agama kristian telah tersébar secara agresif di seluruh empayar ini. Dalam tahun 324 selepas masehi Constantine the Great telah mengambil alih Diocletian dan menamakannya Constantinapole (Istanbul) sebagai ibu negaranya. Di bawah Constantine yang telah menukar agarna kepada agama kristian, agama Kristian telah berkembang di bawah empayar berajanya. Maharaja Theodosius I telah menamakan kristian sebagai bahasa rasmi bagi Empayar Rom. Pertukaran agama dan perpindahan ibu negara Rom dan Rome ke Constantinapole merupakan permulaan bagi empayar baru.