SYRIA ZAMAN MODEN

Syria adalah negara selcular di mana Islam adalah agama yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Namun kebebasan agama terdapat di sini. 

- Ibu Negara: Damascus (Al-Sham) 

- Presiden: Dr. Bashar Al-Assad 

- Kerajaan: Syria adalah sebuah republic sosialis berdasarkan perlembagaan tahun 1973. Dewan Perundangan mengandungi 250 ahli yang dipanggil Majlis. As-Shaab (Majlis Rakyat/Dewan Rakyat) yang dipilih sekali dalam masa empat tahun. Presiden dipilih bagi tempoh 7 tahun dan bertanggungjawab dalam melantik dan memecat naib presiden, perdana menteri dan menteri. 

- Bandar-bandar utama: Allepo (Halab), Horns clan Hama.

- Pelabuhan utama: Latakia dan Tartous. 

- Rupabumi fizikal: Subur, tanah pamah dan pelbagai bentuk gunung. 

- Sungai utama: Sungai Furat (Euphrates).

- Ekspot: Kapas, Bijiran, minyal dan fosfat. 

- Jurnlah penduduk: 18 juta dan pertumbuhan penduduk dalam tahun 1990’an adalah 36%.

- Agama: Sunni Muslim (80%), Kristian (12%) dan lain-lain seperti Syiah Alawiyah dan Druz.

- Etnik Minoriti: 90% adalah arab. Minoriti termasuklah Kurdi (yang menduduki sebahagian besar utara Syria) dan Armenian (di bandar-bandar utara Syria). Terdapat juga masyarakat Palestin di Damascus dan masyarakat Tcherkas dan Caucus. 

- Tenaga: Lebih kurang 20% bekalan tenaga Syria diperolehi dan janakusa hidro terutamanya dan empangan sungai Furat. 

- Sumber-sumber asli: Petroleum, gas ash, fosfat, ashhalt dan garam adalah mineral yang banyak dijumpai di Syria. Begitujuga dengan arang batu, besi, tembaga, dan emas yang banyak dijumpai di kawasan pergunungan. 

- GNP: Lebih kurang USD1 6.5 Billion setahun (anggaran tahun 1990’an) 


- Ekonomi: Anggaran belanjawan tahunan negara pada awal tahun 1990’an termasuklah USD5.4 billionhasil dalarn negeri dan USD 7.5 Billion dalam perbelanjaan termasuk perbèlañjaan modal sebanyak USD 2.9 Billion. 

- Telekom dan Media: Syria mempunyai dua saluran TV. Yang pertama disiarkan dalam bahasá Arab dan kedua campuran English dar Perancis. Syria juga mempunyai saluran satelit yang disiarkan ke Eropah, Utara dan Selatan Amerika dan Afrika. Internet dan khidmat e-mail boleh didapati dengan mudah. Telefon bimbit dan selular makin digunakan dengan meluas.

SYRIA DI BAWAH MANDAT PERANCIS DAN MENJADI MANGSA KONSPIRASI PENJAJAH EROPAH


Dalam tahun 1918, kerajaan berparlimen telah diwujudkan di Damsyik dan dalam tahun 1920 Emir Faisal telah diistiharkan sebagai Raja Syria. Pada masa ini, Syria telah dikenalpasti secara geografi oleh perbatasan sempadannya yang bermula di gunung-gunung Tartous di Turki hinggalah ke Sinai di selatan. Orang-orang Arab berfikir bahawa Syria akan mentadbir urusan negaranya sendiri dan begitulah sepertimana yang dijelaskan oleh pihak British. Namun demikian, rahsia perjanjian Sykes-Picot memberikan titik noktah kepada inl. Perjanjian yang telah dimaterai dalarn tahun 1916 telah dilaksanakan selepas mensyuarat San Remo. Konspirasi penjajah Eropah terbongkar lagi. Syria telah dibahagikan kepada empat bahagian dan dikongsi bersama oleh Britain dan Perancis. Syria dan Lebanon menjadi milik Perancis manakala Palestin dan Jordan menjadi milik Britain. King Feisal telah diangkat menjadi raja Iraq. Syria kemudiannya dibahagikan oleh Perancis kepada wilayah-wilayah berasingan atau negeri iaitu Allepo, Damsyik, Latakia dan Hauran. Allepo kemudiannya dibawa masuk ke dalam negara Syria dengan Damsyik sebagai ibu negara. Di dalam tahun 1925 puak Druz di Hauran telah memberontak dan bergerak ke arah Damsyik yang menyaksikan Darosyik telah dibom dengan keras oleh pihak Perancis. Di dalam tahun 1939, Iskanderoun telah diserahkan kepada bangsa Turki demi menjadikannya sebagai sebuah wilayah berkecuali semasa perang dunia kedua. Dalam tahun 1942, Hauran dan Latakia telah dimasukkan ke dalam negara Syria. Dan di dalam tahun 1945 Syria telah memperolehi kemerdekaan dan dalam tahun berikutnya era Perancis di Syria pun berakhir.

P/S : Apabila kebanyakan negara Arab telah memperolehi kemerdekaan sekitar masa itu, kesatuan Arab dihidupkan semula. Syria telah memasuki beberapa perjanjian, antaranya bersatu dengan Mesir bagi membentuk Republik Arab Bersekutu. Walau bagaimanapun dalam tahun 1962 Persekutuan ini telah dibubarkan dan di dalam tahun 1963 Parti Al- Ba’ath Syria telah mengambil alih tampuk kuasa pemerintahan.

1516-1918: EMPAYAR OSMANIAH: PEMBINAAN TAKIYYAH SULAIMANIAH, CARAVASARIS DI BAZAAR ALLEPO DAN DAMSYIK

Dalam tahun 1516, Sultan Selim I, yang telah menewaskan Mamaluk di utara Allepo telah menawan Syria. Beliau kemudiannya mendakwa sebagai khalifah. Di bawah penggantinya Sulaiman Al-Qaunouni, komplek Takiyyah Sulaimaniah telah dibina di kota Damsyik. Kerajaan Osmaniah telah membina banyak khan atau caravansaries (hotel persinggahan para pedagang) di bazaar Allepo dan Damsyik yang merupakan tempat perhentian terakhir bagi kaum muslimin yang ingin mengerjakan haji di Mekah. Oleh itu banyak khan seperti ini telah dibina untuk tujuan ini. The great Khan of Allepo telah dibina bagi pedagang-pedagang Eropah setelah perdagangan dibuka kepada Eropah. Sekali lagi Allepo menjadi bandar penting dalam perdagangan antara timur tengah bagi perdagangan timur dan barat. Di bawah pimpinan Ibrahim Pasha, anak lelaki kepada Muhammad Ali, Damsyik telah menjadi pusat kerajaan Syria. Ibrahim Pasha telah menawan Damsyik dalam tahun 1832 dan beliau telah mengasaskan sekolah, mengorganisasikan semula sistem perundangan, mengemaskinikan polisi percukaian dan menitik beratkan pelajaran. Beliau juga meletakkan kaum kristian dan Yahudi setaraf dengan kaum muslimin. T.E Lawrence dan orang-orang Arab yang menentang kerajaan Turki telah sampai di Damsyik diketuai oleh ketumbukan tentera di bawah pimpinan Emir Faisal, anak lelaki Hussein, polis Mekah dalam tahun 1918.

1250-1516 MASEHI: MAMALUK; PENAWANAN KRAK DES CHAVELIER DI HOMS, SAFITA DAN LATAKIA DAN BERAKHIRNYA ERA TENTERA SALIB DI BUMI ARAB DAN ISLAM


Tempoh mi bukanlah merupakan zaman yang baik bagi Syria dan penduduknya. Lapan tahun selepas Burgi Mamaluk memegang tampuk kuasa (dan ibu negara mereka, Kaherah) sejarah menyaksikan serangan bangsa Mongol yang merosakkan apa sahaja di laluan mereka. Di bawah pimpinan Sultan Malik Zahir Shah Bybar komandar Mamaluk, bangsa Mongol telah dikalahkan dan Krak Des Chavelier, Safita dan Latakia kesemuanya telah diambil dan tentera Salib (1271 -1289 Masehi). Maka kubu terkuat tentera Salib di bumi Arab dan Islam. Dalam tahun 1291, Tartous telah diarnbil oleh pengganti Baybar, Sultan Khalil. Dalam tahun 1302 apabila garisan pertahanan tentera Salib di pulau Arwad (di Tartous, Syria) dirampas maka ia menandakan noktah terakhir penguasaan tentera Salib di timur tengah. Kumpulan Mamaluk yang kedua, Burgis telah memegang tampuk kuasa dalam’ tahun 1382. Ianya mengambil masa selama dua dekad yang penuh pertembungan antara mereka dan orang-orang sebelum mereka, bangsa Bahris sebelum mereka memegang tampuk kuasa itu. mi melemahkan benteng pertahanan mereka dan dalam tahun 1400 Damsyik telah diserang oleh Tamerlane (Mongol/bangsa Tartar). Beliau telah memusnahkan sebahägian besar Syria dan dengan pengubahan laluan perdagangan sekitar Afrika, perdagangan Syria telah jatuh.

P/S : Kota Kubu (castle) Crack Des Chavelier masih utuh hingga ke hari ini dan boleh dilawati. Di kota ini kita akan menemui keunikan senibina Eropah dan Islam.

1098-1250 MASEHI: TENTERA SALIB DAN AYUBBIAH/CASTLE CRACK DES CHAVELIER/ SALAHUDIN AL-AYUBI DAN RICHARD OF THE LION HEART

Tentera Salib telah tiba di Syria dalam tahun 1098 Masehi di bawah pimpinan Raymond de Saint Gilles, Count of Toulouse, mereka merentasi jalan melalui lembah. Orantes (sungai ‘Asi) kernudian melalui Hama dan Sheizar hinggalah ke tapak yang dikenali sekarang sebagai Krak Des Chavaliers. Dalam bulan Disember 1098, mereka telah membunuh kaum lelaki di Maarat Al-Numan (di sini boleh ditemui makam Khalifah Umar bin Abdul Aziz). Apabila kawasan Latin, Edessajatuh ke tangan Zengi; seorang pemimpin Islam, ketumbukan tentera Salib yang kedua datang dan Perancis dan Jerman. Walaubagaimanapun, mereka tidak berjaya menawan Edessa dan mereka juga tidak berjaya menawan Damsyik. ini telah melumpuhkan semangat bangsa Eropah tersebut. Salahuddin Ayyubi terlalu berpengaruh dalam menumpaskan tentera Salib. Setelah mengalahkan tentera asing di Mesir dan Damiata dalam tahun 1170 masehi dan di Alexandria dalam tahun 1173 masehi dan sesudah beliau memperkuatkan kekuasaannya di Nuba, Mesir, Hijaz dan Yaman beliau meneruskan kempennya ke Syria. Damsyik telah menyambut kedatangannya dalam tahun 1 1 74 masehi tatkala ketua hakim Damsyik berkata kepadanya; “Kerehatan bagimu dijamin, bergembiralah, perintah adalah di tanganmu dan negeri ini menjadi milikmu. “ Beliau berjaya menawan Jurusalem seterusnya membebaskan Masjid A1-Aqsa, Acre, Sidon dan Beirut kesemuanya dalam tahun 1187 Masehi. Beliau juga telah melancarkan banyak peperangan terhadap pemimpin tentera Salib yang bernama Richard of the Lion Heart. Makam Salahudin Al- Ayubi boleh diziarahi di Damsyik di luar masjid Umawi. Salahudin Al-Ayubi yang masyhur dengan kata-katanya; “Aku lebih suka tersilap sewaktu memberi kemaafan dan bertindak benar sewaktu menjatuhkan hukuman., “ telah menerima penghormatan dan consular Jerman, William II (1888-1918) di waktu beliau menziarahi Damsyik dalam tahun 1898 dengan kata-katanya; “Aku terlalu gembira menjejakkan kaki ke negara di mana suatu ketika dahulu dihuni oleh seorang hero zaman lampau, tindakan-tindakan beliau merupakan pengajaran kepada para musuh, yang mengajar mereka bagaimana seorang hero itu layak memperolehi penghormatan.

P/S : Hero itu ialah Salahudin A1-Ayubi.” Beliau telah menghadiahkan sebuah replika makam Salahudin yang anda boleh lihat sendiri bersebelahan dengan makam Salahudin jika anda berpeluang menziarahinya di Damsyik.

750-1199 MASEHI: SYRIA DI BAWAH DINASTI ABASIYYAH

Syria telah diabaikan di bawah dinasti Abasiyyah. ini digambarkan oleh kurangnya senibina Abasiyyah ditemui di Syria, hanya boleh disaksikan di Raqqah di utara Syria (seperti kota kediaman musim panas khalifah Hanin Al-Rasyid). Selepas pemerintahan Harun Al-Rasyid, Fatimiyah (syiah) mengambil alih selatan Syria dan Damsyik dalarn tahun 978 Masehi, manakala Allepo telah diperintah oleh Hamdani dalam kurun ke 10 dan 1 1 Masehi. Kerajaan Fatimiyiah di bawah pemerintahan Khalifah Hakim mula memusnahkan gereja-gereja.ini ditambah pula dengan rayuan oleh kerajaan Bizantine dalam memerangi bangsa Seljuk, mewujudkan fasa Syria yang berikutnya bagi tentera-tentera Salib.