661-750 MASEHI: ZAMAN UMAIYYAH PEPERANGAN SIFFIN DI RAQQAH UTARA SYRIA/DAMSYIK SEBAGAI IBUKOTA

Muawiyyah radhiallahu anhu yang merupakan Gabenor Syria sebelum itu telah berperang dengan Ali radhiallahu anhu (hasil perselisihan faham, pegangan teguh terhadap ijtihad masing-masing pihak dan hasutan puak-puak Syi’ah) di pinggir sungai Furat ( di utara Syria) yang dikenali dengan peperangan Siffin. Dewasa ini, medan ini terletak dalam kawasan Raqqah 450 km ke utara Syria. Di sini terdapat makam sahabat Ammar bin Yasir radhiallahu anhu dan Waasibah bin Sa’ed Al-Asadi radhiallahu (seorang perawi hadis) serta makam tabi’in Uwais A1Qorni dan Ubai bin Qais An-Nakhaei. 

Dan dalam tahun 661 Masehi apabila Khalifah Ali radhiallahu anhu dibunuh, beliau telah mengambil alih Damsyik dan menjadikannya sebagai ibu negeni bagi khalifah Umaiyyah. Damsyik telah menjadi Thu negara bagi wilayah yang terbentang luas dan Sepanyol di Andalusia hinggalah ke sungai Indus di India. Kerajaan Urnaiyyah telah rnenunjukkan tolak ansur kepada penganut agama kristian serta amat menitik beratkan pelajaran dan sains. Di dalam tahun 750 Masehi Damsyik telah diambil alih oleh Abu Al-Abbas yang mengasaskan dinasti Abasiyyah di Baghdad.

Pembentukan Kekhalifahan Umayyah — Damascus (Damsyik) sebagai ibu kota Dinasti


Umayyah berlangsung antara 661- 750 selepas Masehi. Khalifah Umayyah yang pertama, Muawiyyah radhiallahu anhu telah memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damascus (Damsyik). Khalifah-khalifah Umayyah telah memperkuatkan empayar Islam. Mereka telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan juga memperkenalkan mata wang rasmi. Mereka juga telah memperkenalkan system pos. System mata wang telah mempermudahkan perdagangan dan mengurniakan kaum muslimin satu simbol kekuatan dan kuasa. Mereka juga telah membangunkan sistem pos. Merekä melangsungkan kehidupan sederhana dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Mereka telah memperkasakan ketumbukan tentera mereka terutamanya tentera laut. Empayar islam telah berkembang pada masa itu merangkumi Afrika dan Sepanyol, timur Pakistan, Afganistan dan Turkmenistan. Kekhalifahan Umaiyyah berakhir dalam tahun 750 masehi yang menyaksikan berakhirnya kepentingan kota Damsyik. 

P/S: Makam sahabat Mu’awiyyah bin Abu Sufyan radhiallanhu boleh diziarahi di Bab As-Saghir di kota Damsyik sekiranya anda berpeluang berkunjung ke kota bersejarah ini.

Faktor kebangkitan Islam

Dalam masa setengah abad selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W tiga benua telah jatuh di bawah pemerintahan islam dan kedua-dua kuasa besar pada masa itu; Parsi dan Rom telah ditewaskan. Keimanan, karekter dan semangat merekalah yang bertanggungjawab dalam pencapaian ini :

1 . Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihe wasallam telah meninggalkan ramai sahabat yang terlatih. Kaum muslimin tahu bahawa mereka berjuang kerana Allah SWT. Oleh itu mereka tidak merosakkan bumi yang mereka tawan, tidak juga mereka mengasari kaum yang rnereka tewaskan. Mereka berani, bersemangat dan tidak takutkan mati!

2. Mereka bukannya orang yang tamak dan cintakan dunia. Kehidupan mereka amat sedernaha dan zuhud. Zuhud bukan bermakna mesti berpakaian compang camping tetapi mengorbankan segala kekayaan harta benda demi menyebarkan agama Islam dan memajukan umatnya.

3. Cara kehidupan khalifah-khalifah Islam amat sederhana dan amat berbeza dengan kemewahan dan kekayaan yang dipertunjukkan oleh raja-raja Parsi dan Rom.

4. Mereka berlaku baik terhadap penduduk setiap tempat yang mereka tawan. Mereka tidak pernah memusnahkan sebarang kuil atau gereja. Mereka amat adil. Mereka hanya memilih untuk berperang apabila mereka tiada pilihan lain. Kerapkali mereka menandatangafli perjanjian damai demi menjamin keamanan menyeluruh. Melainkan mereka yang tidak menerima agama Islam diwajibkan membayar cukai yang dipanggil Jizyah sebagai tukaran kepada penlindungan yang diberikan oleh orang Islam kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka dikecualikan dan membayar zakat dan menyertai kempen ketenteraan.

Karekter orang-orang Islam ini telah menawan hati ramai orang dan ramai memeluk agama islam setelah melihat amalan praktikal mereka ini. Tiada seorangpun dipaksa memeluk agama Islam.

ERA ISLAM/632-661 MASEHI: ZAMAN KHALIFAH AR- RASYIDIN/PEMBUKAAN SYRIA DAN PENAKLUKAN DAMSYIK MELALUI TUJUH PINTU KOTA


Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, pejuang-pejuang Islam mula menyebarkan agama Islam melalui jihad dan dakwah. Setelah kematian khalifah Ar-Rasyidin yang kedua Abu Bakar radhiallahu anhu, khalifah yang kedua Umar Al- Khattab radhiallahu anhu meneruskan kempen dakwah dan jihadnya ke atas bangsa Parsi justeru gangguan yang berterusan yang dilakukan mereka terhadap negara Islam. Kaum muslimin berjuang di dalam peperangan Namarraq menentang bangsa Parsi mi. Dan mereka telah berjaya. Kemudian berlaku pula peperangan Jasr. Di dalam peperangan itu tentera kaum muslimin telah dikalahkan. Kemudian kaum muslimin berjuang pula di dalam peperangan Buwaib, Qadisiya dan Jalula. Kaum muslimin telah memenangi kesemua peperangan mi. Mereka juga telah menawan Madam, Shustar dan Jande Sabur. Kemudian berlaku pula peperangan Nihawand. lnilah merupakan peperangan yang hebat dalam sejarah yang menamatkan era empayar Parsi. Ia juga membuktikan laluan masuk agama Islam ke tanah Parsi (Iran). Umar radhiallahu anhu juga berperang menentang Empayar Bizantin. Kaum muslimin menawan Syria dalam tahun 635 Masehi selepas peperangan Yarmuk di Jordan dalam tahun 634 masehi (di bawah pimpinan sahabat Nabi, Khalid bin Al-Walid dan Ubaidah bin Al-Jarrah radhiallahu anhuma menentang tentera Bazantine atau empayar Rom Timur, peperangan berlaku dua kali dalam tahun 634 Masehi dan 636 Masehi yang juga dimenangi oleh tentera Islam). Kemudian mereka menawan Jurusalem dan Mesir.
Sahabat-sahabat radhiallahu anhum telah mengepung dan menawan kota Damsyik tanpa sebarang pertempuran dan pertumpahan darah. Terdapat tujuh pintu kota Damsyik lama iaitu Bab Sharqi, Bab A1-Jabieh, Bab Touma, Bab Kisan, Bab Jneik, Bab Al-Faradis dan Bab A1Saghir. Bab bermaksud pintu. Sahabat Khaid Al-Walid radhiallahu anhu telah memasuki kota mi melalui Bab Sharqi (dan arah timur kota). Manakala sahabat Abu Ubaidah bin A1-Jarrah radhiallahu anhu telah memasukinya melalui Bab A1-Jabieh (dan arab barat), ‘Amru bin A1-’As radhiallahu melalui Bab Touma dan Yazid bin Abu Sufyan radhiallahu anhu melalui Bab Al-Saghir. Penaklukan ini mempamirkan sikap umat Islam yang penuh tolenransi dengan penganut lain-lain agama. Kaum muslimin dan kristian hidup aman damai sehinggakan mereka mengerjakan solat di dalam tempat yang sama (sebagaimana dalam sejarah awal masjid Umawi di Damsyik). Di zaman Mu’awiyyah radhiallahu anhu, kaum muslimin mengasaskan Bandar Kairouan di Tunisia. Mereka telah menawan Kabul, pulau Rhodes dan Samarkand (sekarang ini Uzbekistan) dan Tirmiz. Kempen juga dihantar ke Khurasan (sekarang ini Iran), Bukhara (sekarang ini Uzbekistan). 

P/S : Ketujuh-tujuh pintu kota ini boleh dilawati jika anda berkesempatan menziarahi kota Damsyik.

395 - 632 MASEHI: EMPAYAR BIZANTIN/BASILICA OF ST SIMEON DI ALLEPO (HALAB)

Empayar Bizantin, percampuran kebudayaan Greek dan Kristian bermula dengan kematian Theodosius apabila Rome dibahagikan kepada timur dan barat. Terdapat banyak kesan peninggalan sejarah dan bandar-bandar mati di utara Syria yang mengambarkan kekuatan dan kebijaksanaan senibina bangsa Rom ini. Antara yang teragung ialah Basilica of St Simeon, biara yang didiami oleh paderi yang berdiri di atas tiang yang digunakan untuk bersembahyang selama 38 tahun. Bassilica telah dibina di sekelilirg tiang ini dan merupakan tempat yang dikunjungi untuk amalan ibadat. Justinian merupakan maharaja Rom yang teragung di zaman ini di mana telah berjaya merampas kembali kawasan-kawasan yang hilang dan tangan Rom. Beliaulah yang menumpaskan bangsa Sassanian dan Parsi di Resafeh dan Halabiye di Syria.

Walaubagaimanapun dalam tahun 635 Masehi, para sahabat Rasulullah S.A.W telah mengambil alih Syria dan tangan Maharaja Heraclius.

64 SEBELUM MASEHI- 395 SELEPAS MASEHI: ROM DAN RATU ZENOBIA

Walaupun bahagian selatan di bawah penguasaan bangsa Arab Nabaten (Al-Anba’), sebahagian besar Syria berada di bawah kuasa Rom di bawah pemimpin mereka Pompey.   
 
Di bawah pemerintahan Rom, pertanian dan ketamadunan Syria berkembang dan dengan sistem jalan raya yang terancang perdagangan menjadi rnakmur secara beransur-ansur.. Dalam masa mi juga empayar agung Palmyra makmur di bawah pimpinan Ratu Zenobia. Beliau telah menawan kebanyakan Mesir dan Asia Minor (Turki sekarang ini) namun beliau telah ditewaskan oleh Rom dalam tahun 272 masehi. Sepanjang tempoh ini, agama kristian telah tersébar secara agresif di seluruh empayar ini. Dalam tahun 324 selepas masehi Constantine the Great telah mengambil alih Diocletian dan menamakannya Constantinapole (Istanbul) sebagai ibu negaranya. Di bawah Constantine yang telah menukar agarna kepada agama kristian, agama Kristian telah berkembang di bawah empayar berajanya. Maharaja Theodosius I telah menamakan kristian sebagai bahasa rasmi bagi Empayar Rom. Pertukaran agama dan perpindahan ibu negara Rom dan Rome ke Constantinapole merupakan permulaan bagi empayar baru.

333-64 SEBELUM MASEHI: EMPAYAR ALEXANDER THE GREAT

Kekalahan Darius oleh pemimping agung dan Macedonia yang bernama Alexander merupakan permulaan pemerintahan barat di Syria. Empayar Hellenistic menyatukan kedua-dua kebudayaan timur dan barat tetapi amat dipengaruhi oleh sistem dan kerangka Greek. Selepas kematian Alexander, Syria telah dibahagikan kepada dua empayar, pertama di bawah Plotemy dan kedua di bawah Seleucus. Syria di zaman itu di bawah pengaruh Seleucids. Bangsa Seleucids telah membina Apamea (berhampiran Allepo) ;. sebagai pengkalan tentera dengan menggunakan Lattakia (di pesisiran pantai Syria) sebagai pelabuhan utama mereka. Mereka juga telah membina kota kubu Doura Europos. Kesan-kesan sejarah di Apamea dan Doura Europos masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Semua bandar ini telah dibina di bawah senibina dan perancangàn Greek. Pada penghujung tempoh ini, datang pula bangsa Arab Nabatean dan arab selatan yang mengambil alih Damsyik dan Bosra, manakala bangsa Rom datang dan arab utara.

539-333 SEBELUM MASEHI: BANGSA PARSI


Dalam tempoh ini, Parsi telah menawan Babylon dan mengambil alih timur tengah. Kaloni dan wilayah mereka telah dipertahankan dengan baik. Ia telah ditadbir dan diuruskan dengan sistematik. Semua wilayah ini telah dihubungkan dengan jaringan jalan yang cekap. Di penghujungtempoh mi, kerajaan Parsi telah jatuh kepada Greek.

1200-539 SEBELUM MASEHI DAN BAHASA PERTUTURAN NABI ISA ‘AS YANG MASIH DIGUNAKAN DI SYRIA

Banyak peristiwa berlaku dalam tempoh ini. Yang paling penting ialah dayak taut kaum barbarian yang datang ,dari beberapa kawasan di sekeliling Laut Aegean. Mereka telah merampas beberapa kawasan di Syria dan bangsa Hitti dan Ugarit.

Di Ugarit pesanan yang dihantar sebelum kedatangan bangsa barbarian ini telah ditemui. Dalam masa yang sama Phoenician telah semakin kuat dan mewujudkan beberapa kaloni di sekeliling taut Mediterranean. Kemudian bangsa Aramean telah bergerak melintasi Syria ke arah utara di mana bahasa mereka ‘Aramaic” telah dipertuturkan oleh Nabi Isa A.S hampir-hampir 1000 tahun kemudian dan masih lagi dipertuturkan oleh penduduk Ma’luula perkampungan pergunungan yang terletak 60 km ke utara kota Damsyik.

Lebih kurang dalam tahun 800 Sebelum Masehi, empayar Assyrian telah memegang tampuk kuasa dan hampir 2 kurun mereka telah mentadbir Syria dan Lebanon. Dalam tahun 612 Sebelum Masehi empayar mi jatuh kepada kerajaan Babylon yang terkenal dengan taman tergantungnya yang merupakan ibu negara kerajaan Nineveh.

1600-1200 SEBELUM MASEHI DAN PENGUTUSAN NABI MUSA A.S

Bangsa Hitti dan Anatolia (Turki) dan bangsa Mesir telah berjuang bermati-matian untuk tanah ini, tetapi secara beransur-ansur bangsa Hitti telah mengambil alih sebahagian besar Syria tatkala Mesir mengubah haluan justeru kekacauan agama yang berlaku di sana. Zaman mi menyaksikan kebangkitan Ugarit di mana abjad yang pertama telah dicipta dan kemudian di bawah Greek Kuno oleh bangsa Mycenaean. Dalam waktu ini juga Nabi Musa A.S membawa kaum Israil keluar dan Mesir dan mendiami Palestin.

2000-1600 SEBELUM MASEHI DAN SERANGAN BABYLON

Pemulihan perdagangan di kawasan mi berlaku buat sementara. Yamkhad, kerajaan Amorite di Allepo (Halab) telah mengambil alih Ebla dan perdagangan mula berkembang secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun Hammurabi, pemerintah Babylon telah memusnahkan MARI.

ZAMAN EBLA, MARI DAN DAN ERA GANGSA

Kerajaan Ebla dan Mari dijumpai di sini, Syria. Kedua-dua kerajaan ini merupakan tapak di mana penciptaan tulisan bermula. Batu besurat yang berbentuk pasak telah ditemui di sini dengan beberapa bentuk tulisan. Kerajaan mi berakhir selama 1000 tahun disebabkan perkembangan kebudayaan, kegiatan perdagangan yang meningkat di antara Mesopatamia (kawasan di antara sungai Furat dan Tigris) dan Mediterranean. Kedua-dua kerajaan ini telah diambil aleh oleh bangsa Akkadian dan Mesopatamia dan kemudiannya oleh bangsa Amorites di penghujung eranya. Akkadian adalah merupakan sumber bagi bahasa Semitik yang merupakan asas bagi bahasa Phoenician, Aramaic, Hebrew dan Arab.

DI SINI TAMADUN BERMULA


Syria terletak di bahagian timur laut Laut Mediterranean. Ia mempunyai panjang pesisiran pantai sejauh 172 km dengan keluasan 186,000 kilometer persegi Di sini, tamadun telah bermula sejak 45 abad yang lalu. Sejak dan waktu bermulanya ketamadunan, Syria telah menjadi tempat pertemuan dan laluan berbagai-bagai bangsa manusia, kebudayaan dan empayar. Syria sering dijoloki dengan gelaran pintu masuk sejarah justeru sumbangannya terhadap sejarah dan perkembangan tamadun.manusia.
la juga pernah berfungsi sebagai jalan perhubungan bagi perdagangan antara Mediterranean dan timur. Syria mengekspot huruf-huruf abjad ke barat (di mana abjad yang pertama di dunia ditemui di Ugarit di bahagian pantai Syria) dan dikaitkan dengan agama sejak era Semitik hinggalah ke era kepercayaan kepada ke Esaan Tuhan. Antara kerajaan dan tamadun yang pernah wujud di sini ialah kerajaan Armean (732 sebelum masehi), Assyriai (605 sebelum masehi), kerajaan Arab Nabatean (87 sebelum masehi) dengan menjadikan kota Damsyik sebagai ibu kota dan kerajaan Rom yang telah memusnahkan kerajaan Arab Nabatean dalam tahun 105 masehi dengan menjadikan Bosra sebagai ibu kota. Dengan itu, Damsyik menjadi sebahagian empayar Bizantin (kerajaan Rom Timur) seperti lain-lain bahagian Syria hinggalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihe wasallam membebaskan Damsyik dalam tahun 635 masehi. Damsyik menjadi ibu kota negara-Islam dan dan kota mi umat Islam menyebarkan dakwah Islamiah hingga ke Andalusia dan Asia Tengah.

MANFAAT MENZIARAHI TEMPAT-TEMPAT YANG DIMULIAKAN DALAM ISLAM

Allah swt berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Dan (ketahuilah) ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempal bersolat. “ (A1-Baqarah: I 25) Dan firman Allah swt yang berrnaksud; “Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) makam Ibrahim... “ (All ‘Imran: 97)

Tempat-tempat ziarah yang dimuliakan adalah sesuatu yang suci. Allah SWT telah menciptakan banyak tempat sebegitu di atas permukaan bumi agar hati orang-orang yang beriman cenderung kepadanya untuk berdoa dan memohon rahmatNya. Manfaat-manfaat menziarahi tempat-tempat sebegini antaranya adalah agar orang yang berziarah merasa prihatin terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan keimanan, belajar tentang perjuangan dan pengorbanan para Nabi dan Rasul, para sahabat Rasulullah S.A.W alim ulama dan orang-orang soleh dan seterusnya menghargai jasa-jasa mereka. Menziarahi tempat-tempat yang dimuliakan. mi adalah sunnah dan amalan yang disukal Allah swt. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran. dengan rujukan terhadap perjalanan Rasulullah S.A.W di waktu baginda dibawa dan masjid Al-Haram di Mekah pada peristiwa isra’ ke Baitulmaqdis yang bermaksud; “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad S.A.W) pada suatu malam dan Al- Masjid Al-Haram ke masjid A1-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan bumi yang subur, tanam-tanaman, buah-buahan, tempat ramai Nabi dan Rasul diutus dan tempat turunnya para malaikat) agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dan tanda-tanda kebesaran Kami.” (Al-Isra: 1) Begitu juga dalam firrnanNya dalam surah Al- Ahzàb; “Sesungguhnyà telah ada pada (diii) Rasulullah itu suriteladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah.” Dan firmanNya dalam surah As-Shafaat ayat ke l37dan 138 maksudnya dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melalui (kesan-kesan peninggalan mereka) di waktu pagi dan di waktu malam, maka apakah kamu tidak memikirkannya?” Tambahan pula, Rasulullah S.A.W telah bersabda sebagaimana dalam hadis riwayat sahih Muslim (hadis no: 2375) bahawa baginda melihat Nabi Musa berdiri di dalam kuburnya bersolat tatkala baginda dibawa dan Mekah ke Al- Aqsa (dalam peristiwa Isra’). Makam-makam dan masjid-masjid para Nabi dan sahabat, orang-orang soleh dan alim ulama yang bertakwa adalah dimuliakan dan diberkati di mana Allah SWT mengkabulkan doa-doa.

Ulama Islam bersepakat mengatakan bahawa meziarahi tempat-tempat tersebut adalah disukai Allah SWT. Al-Hafidz ,Ad-Dhabi dalam . kitabnya “Siyar A’Lam An-Nubala” mengenai kehidupan Nafisah As-Sharifa Al- Hasaniah; “Doa diterima di makamnya dan makam-makam para solihin.” Al-Qadhi Yusuf A1-Nabhani mengenai menziarahi makam sultan Mahmoud Nuruddin Az-Zinki di mana makam beliau terdapat di Damsyik, Sheikh Yusuf bin Ismail A1-Nabhaani (meninggal dunia dalam tahun 1350 Hijrah) menukilkan dalam kitabnya “Jami’ Karaamatul Aulia” bahawa berdoa di makam beliau mustajab dan telah dibuktikan oleh pengalaman ramai orang. Mengikut pendapat Al-Imam A1-Hafidz An-Nawawi (kitab Al- Majmu’) menziarahi kubur adalah dibolehkan kepada kaum lelaki walaupun pada pemu1aannya dilarang oleh Rasulullah S.A.W dan kernudiannya Ia dibenarkan apabila peraturan-peraturan agama menjadi lebih mantap dan teguh. Mengikut pendapat ulama, adalah digalakkan seorang yang berziarah itu datang hampir ke kubur serapat yang boleh seolah-olah ia menghampiri sahabatnya di waktu hidup. Mengikut pendapat Al-imam An-Nawawi, kaum wanita tidak dilarang menziarahi kubur di dalam Islam tetapi dilarang menangis dan meraung.Dalam riwayat A1-Bukhari dan Muslim, apabila Rasulullah S.A.W melihat seorang wanita menangis di sisi sebuah kubur baginda telah menyuruh wanita itu agar takutkan Allah SWT dan bersabar tetapi tidak melarangnya menziarahi kubur. Apabila Aisyah radhiallahu anhu bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah yang patut diucapkannya di kubur, baginda menjawab; “(ucapkanlah) Keselamatan untuk kamu dan untuk orang-orang Islam di tanah perkuburan ini. Moga-moga Allah merahmati orang-orang yang lebih dahulu (meninggal dunia) dan orang-orang yang bakal menyusuli mereka.” Para ulama berpendapat, adalah lebih afdal orang yang berziarah mengucapkan doa keselamatan dan salam ini tatkala ia memasuki tanah perkuburan dan berdoa untuk si empunya kubur yang diziarahinya dan orang-orang lain yang dikebumikan di sana. Lebih banyak mengingati kematian dan lebih banyak menziarahi kubur membuatkan seseorang itu Iebih menginsafi akan dirinya dan lebih bermotivasi mempersiapkan bekalan ke alam akhirat dengan iman serta yakin dan amal soleh.

Seseorang itu boleh menziarahi kubur samada berdiri, duduk atau sekadar melewatinya dan mengikut pendapat beberapa ulama adalah afdal ia berdiri mengadap ke arah si mati dengan membelakangi kiblat tanpa menyentuh, mencium dan mengusap makam tersebut. Duduk di atas kubur adalah makruh dalam agama Islam. Dalam sahih Muslim, dalam riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu, : Nabi Sallallahu ‘alaihe wasallam telah bersabda (maksudnya); “Duduk di atas bara yang akan membakar pakaian seseorang dan meratah kulitnya adalah lebih baik dan duduk di atas kubur.” Begitu juga dengan memijaknya. Oleh itu, menziarahi tempat-tempat yang. dimuliakan dan makam-makam para Nabi, sahabat dan orang-orang soleh adalah amalan yang disahkan oleh agama Islam. Umat Islam sejak dan zaman sahabat telah menziarahi makam para Nabi dan sahabat-sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Umar bin Al- Khattab radhiallahu anhuma di dalam masjid An-Nabawi di Madinah A1-Munawwarah.

EMPAT KATEGORI TAPAK-TAPAK ZIARAH YANG DIMULIAKAN DALAM ISLAM

Terdapat empat kategori tempat-tempat ziarah yang dimuliakan dalam Islam, pertama yang disebut dalam bahasa Arab sebagai “Darih” di mana individu yang dimuliakan Allah swt seperti jasad Nabi atau sahabat Rasulullah S.A.W sebenar-benarnya dikebumikan. Kedua “Maqam” atau “shrine” dalam bahasa lnggeris di mana jasad seseorang individu itu tidak semestinya dikebumikan di situ tetapi beliau telah melawati atau menziarahi sesuatu tempat tersebut di masa hidupnya. Ketiga “Mawqi” (tempat) seperti gua Ashabul Kahfi dan keempat adalah tempat-tempat bersejarah “Mahal” yang dikaitkan kepada sesuatu peristiwa penting dalam agama Islam seperti medan peperangan Siffin (pertempuran antara pengikut Abu bin Abu Talib dan Mu’awiyyah bin Abu Sufyan radhiallahu anhuma) yang terdapat di Raqqah utara Syria atau medan peperangan Mu’tah di Jordan. Namun dewasa ini pengunaan makam dipergunakan secara umum untuk “Darih” dan juga “Maqam”.

KOTA DAMSYIK PUSAT PENYEBARAN DAKWAB ISLAMIAH

Kota Damsyik juga menjadi salah satu kota dalam sejarah Islam yang menjadi pusat penyebaran dakwah Islam dan menjadi salah satu destinasi para penuntut menimba ilmu, khususnya ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Damsyik telah melahirkan ramai para ilmuan Islam seperti Imam An-Nawawi (pengarang kitab Ridadusolihin, Al- Majmuk sebanyak 25 jilid, kitab penjelasan Sahih Muslim sebanyak 7 jilid dan lain-lain lagi) di mana makam beliau boleh anda ziarahi di Nawa, lebih kurang 145 km ke selatan kota Damsyik. Lain-lain ulama Damsyik antaranya ialah Ibnu At-Taimiyyah, Ibnu Asakir (Sejarawan Islam), Ibnu Malik (Ilmu Nahu dan Bahasa Arab), Ibnu Qaiyyim A1-Jauziah, Imaduddin Ibnu Kathir (Tafsir Ibnu Katsir), Muhyiddin Ibnu Arabi, Ibnu Khalàkan dan ramai lagi. Kesemua makam mereka berada di Damsyik. Antara ulama Damsyik yang terkenal di peringkat antarabangsa dewasa ini ialah Dr Muhammad Sa’ed Ramadhan Al- Buthy (pengarang kitab Fiqh Sirah) dan Dr Wahbah Az-Zuhaily (pengarang kitab tafsir Al-Munir). Kedua-dua ulama mi memberikan kuliah dan khutbah mereka di beberapa masjid di Bandar Damsyik yang dihadiri oleh ribuan orang.

BUMI SYRIA MENYIMPAN JASAD MULIA PARA ANBIYA, SABABAT DAN PEJUANG ISLAM TERSOHOR

Bumi Syria menyimpan jasad-jasad mulia para Nabi dan Rasul antaranya ialah Nabi Yahya (di dalarn masjid Umawi di kota Damsyik), Nabi Ayob (di Nawa), Nabi Zakaria (di dalam masjid Umawi di Allepo) dan Nabi Dzulkifli (di guñung Qasiyun) ‘alaihemussalam. Makam-makam mereka boleh diziarahi apabila anda berada di Syria. Begitu juga di tanah perkuburan Bab As-Saghir di Damsyik, makam-makam ahli keluarga Rasulullah S.A.W termasuk isteri-isteri baginda ummahatul mukminin iaitu Ummu Habibah dan Ummu Salamah, Sakinah bin Ali bin Abu Talib, para sahabat (Bilal Ar-Rabah, Mu’awiyyah, Ibnu Ummi Makhtum), para syuhada peperangan Karbala dan ahli sejarah dan Ilmu Islam Ibnu Asakir boleh diziarahi. Lain- lain sahabat Rasulullah yang dikebumikan di Damsyik ialah Abu Ad-Darda dan Dihyah Al-Kalbi (di mana sering malaikat Jibrail menemui Rasulullah S.A.W dengan menyerupai rupa beliau), di Homs terdapat Masjid Khalid Al-Walid radhiallahu anhu di mana di dalamnya terdapat makam beliau. Di Damsyik juga terdapat makarn Zainab dan Ruqaiyah, kedua-duanya adalah anak perempuan Au bin Abu.Talib radhiallahu anhu. Di bab As-Saghir juga dikebumikan khalifah Umaiyyah Abdui Malik bin Marwan dan anak beliau Walid bin Abdul Malik yang telah membina Masjid Umawi di Damsyik. Di zaman Walid-Iah, pemerintahan Islam berkembang luas di sebelah timur sehingga ke india dan di dunia Eropah sehingga ke Sepanyol. Beliau juga memerintahkan agar masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid A1-Aqsa di bina dan diperbaiki semula. Walid telah berkata; “Wahai penduduk Damsyik, aku melihat kamu berbangga-bangga dengan empat perkara; cuaca kota kamu ini, air dan buah buahannya dan tempat-tempat mandinya (harmmarn). dan aku ingin menambahkan perkara yang kelima iaitu masjid ini (masjid Umawi).”

Syria mengalami cuaca Mediterranean yang sederhana, 4 musim dan langit yang tidak berawan pada sebahagian besar dalam setiap tahun. Cuaca di musim Iuruh (September hingga November) adalah antara 20-25celsius, 30 celsius dalam musim panàs dan 5-10 celsius dalam musim sejuk. Cuaca dalam musim sejuk agak sederhana dengan saiji biasanya turun dalam bulan Januari dan Februari. Kami sedia menyambut kedatangan anda di sana. Syria boleh dikunjungi di sepanjang tahun bagi mengalami cuaca empat musim negara laut Mediterranean mi. Di kota Damsyik , air mineral dibekalkan ke setiap buah rumah melalui paip khas yang bersumber dan ‘Em Al-Fijr 20 km dan luar kota Damsyik.

BUMI YANG DIBERKATI ALLAH SWT


Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-Isra’ ayat pertama (maksudnya); “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan harnbaNya (Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihe wasallam) pada suatu malam dan Al-Masfid Al-Hararn ke masjid Al-Aqsa yang telah. Kami berkati sekelilingnya (dengan burni yang subur, tanarn-tanaman, buah-buahan, tempat ramai Nabi dan Rasul diutus dan tempat turunnya para malaikat) agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dan tanda-tanda kebesaran Kami. SesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Ma/ia Melihat. “ Bumi yang Allah berkati di sekelilingnya itu termasuklah Syria. Keselamatan di sini adalah terjamin di mana sekiranya anda keluar berjalan berseorangan di waktu dinihari, tiada siapa yang menganggu. Bagaimana tidak, sepuluh peratus dan penduduknya adalah polis rahsia yang tidak memakai seragam.

Sejak bertahun-tahun berada di Syria dan hinggalah ke hari ini, amat jarang kedengaran berlakunya kejadian . rompakan, ragut, rusuhan, pembunuhan, rogol dan lain-lain, perbuatan jenayah sadis. Walaupun Syria diasak oleh serangan provokasi oleh musuh musuh Islam namun Ia tetap utuh dan aman. Peperangan di Iraq tidak pernah mengugat lenanya tidur di malam hari. Kekejaman Zionis di Palestin dipaparkan setiap malam di kaca televisyen sejak sekian lama namun penduduk Syria sudah lali dengan semuanya itu. Namun demikian, bumi yang pernah diinjak Oleh kaki-kaki mulia para Anbiya dan Rasul Allah SWT ini dan menyimpan jasad-jasad suci mereka, tetap damai dan tenang setenang aliran sungai Barada yang mengalir lesu di tengah-tengah Bandar Damsyik. Gunung Qasiyun yang menjadi latarbelakang kota Damsyik adalah saksi kepada rentetan peristiwa yang pernah berlaku di atasnya dan juga di kota Damsyik. Di atas gunung inilah berlakunya pembunuhan pertama di dunia tatkala Qabil membunuh adiknya yang bernama Habil lantaran kurban yang disyaratkan oleh bapanya nabi Adam ‘alaihe salam untuk membolehkan salah seorang dan mereka menentukan pilihannya sendiri untuk mengahwini salah seorang dan kedua-dua adik perempuan mereka; Iqlima yang Iebih cantik atau Lubuda yang hodoh tidak diterima Allah SWT. Walaupun Adam ‘alaihe salam telah menentukan jodoh si Qabil adalah Lubuda. Hanya kurban Habil yang diterima Allah swt natijah keikhlasannya memberikan yang terbaik dan kambing ternaknya sedangkan Qabil menyuakan hasil tanamannya yang rosak dan buruk. Lalu perasaan cemburu dan dengki itu mendorong beliau membunuh adiknya sendiri. Sesungguhnya perebutan terhadap seorang wanita menjadi titik tolak kepada pembunuhan itu dan ,wanita-wanita yang cantik itu jugalah yang menjadi penghias kota Damsyik pada hari ini.

P/S :Jika anda berada di Syria, makam Habil boleh diziarahi di kawasan pergunungan Zabadani mengadap perlembahan Barada yang subur dengan ladang-ladang anggur, apricot, zaiton, tin dan oren. Berdiri di sini sejenak, imbaukan peristiwa tragis itu, bisikkan pada nurani anda sendiri; “Betapa sejarah itu harus dikutip dan diambil iktibarnya. “ Di musim sejuk pula kawasan pergunungan di sini memutih diliputi saiji.

SEBAIK-BAIK BUMI UNTUK DIDIAMI

Imam Ahmad dan At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu anhu bahawa Nabi S.A.W telah bersabda (maksudnya); “Kebahagiaan untuk penduduk Syam.” Ditanyakan kepada Rasulullah; “Ya Rasulullah, bagaimañakah yang sedemikian itu berlaku?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya malaikat-malaikat Allah menebarkan sayap-sayap mereka ke atasnya (bumi Syam).’ Telah diriwayatkan oleh Al-Hafidz Yahya bin Thiba’ah dan At-Tabarani daripada Wasilah bin Al-Ashqa’ katanya; “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda kepada Huzaifah dan Mu’az tatkala kedua-dua sahabat itu meminta pandangan Rasulullah tentang sebaik-baik tempat untuk didiami, maka baginda telah memberi isyarat ke arah Syam seraya bersabda; “Hendaklah kamu menetap di Syam justeru sesungguhnya ia negeri pilihan Allah yang dihuni oleh makhluk-makhlukNya yang baik dan sesungguhnya’ Allah memberi jaminan kepadaku terhadap Syam dan penduduknya.” Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Mu’awiyyah bin Abi Sufyan radhiallahu anhuma bahawa di dalam khutbahnya beliau telah berkata; “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; “Berterusanlah terdapat di kalangan umatku, segolongan manusia yang berjuang menegakkan perintah Allah di rnana tidaklah memudaratkan mereka sekalipun orang lain meninggalkan mereka tanpa sebarang bantuan dan orang-orang yang menentang mereka juga tidak mampu mendatangkan sebarang kemudaratan ke atas mereka hinggalah datang keputusan Allah (hari kiamat) sedang mereka kekal dalam keadaan sedemikian.” Malik bin Yakhomir (salah seorang tabi’in yang ulung) telah berkata kepada Mu’awiyyah; “Aku telab mendengar Mu’az bin Jabal radhiallahu anhu berkata; “Mereka berada di Syam.” Imam Ahmad juga telah meriwayatkan daripada Abu Ad-Darda’ radhiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya); “Tempat berlindung orang-orang Islam pada hari pertempuran itu adalah di Ghutah berhampiran sebuah kota yang dipanggil orang “Damsyik Al-Syam” yang merupakan sebaik-baik kota di bumi Syam.” Imam Ahmad juga telah meriwayatkan di dalam kitab Musnadnya daripada Abu Ad-Darda’ radhiallahu anhu katanya; “Rasulullah S.A.W telah bersabda (maksudnya); “Tatkala daku tidur, aku telah melihat helaian-helaian ‘Al-Kitab (Al-Quran) melayang-layang dan bawah kepalaku dan daku menyangka bahawa ia dibawa pergi lalu aku mengekorinya dengan pandangan mataku. Namun daku dapati ia menghala ke Syam. Ketahuilah sesungguhnya iman itu tatkala berlakunya berbagai fitnah berada di Syam.” At-Tabarani dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Abu Umamah radhiallahu anhu daripada Nabi S.A.W yang telah bersabda; “AsS yam adalah antara negeri pilihan Allah, di sanalah orang-orang terpilih dan kalangan hamba-hambaNya berlindung. Maka barangsiapa lan dan Syam ke tempat lain maka ia keluar dengan kemurkaan dan barangsiapa memasukinya maka ia memasukinya dengan rahmat.”

SYRIA BUMI ANBIYA YANG DIBERKATI DOA SEMULIA-MULIA MAKHLUK

Keistimewaan dan keseronokan hidup di Syria hanya boleh digambarkan oleh mereka yang pernah menjadi penghuninya. Keramahan dan kehalusan budi pekerti penduduknya, meriahnya setiap masjid di setiap waktu solat, barang-barang yang murah, buah-buahan yang berbagai jenis, aiim ulama yang tawaduk, madrasah-madrasah yang tak pernah sunyi dihuni oleh pelajar-pelajar dan seluruh pelusuk dunia (ternasuk1ah pelajar-pelajar dan Malaysia seramai 300 orang) menjadi saksi keberkatan sebahagian bumi yang telah menerima pengormatan doa semulia-mulia makhluk Allah swt lewat hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Wa/wi Allah, berkaiilah Syarn kami.” (Hadis riwayat imam Bukhari dan At-Tirmidzi) Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; “Wahai Rasulullah, jika tiada keamanan di dunia mi lagi, ke manakah harus kami pergi?” Rasulullah menjawab, “ ‘Alaikumu bi as-syam” (hendaklah kamu pergi ke bumi Syam). “Syam” pada makna literal bahasa Arab bermaksud “Syria” namun ia termasuk juga kawasan negara Jordan moden pada hari ini. Apabila anda berada di mana-mana negara teluk , sekiranya ditanyakan pada anda, “Anda ingin ke Syam?” maka yang dimaksudkan oleh si penanya itu ialah Syria. Sekiranya pula anda berada di mana-mana Bandar di Syria, Syam yang dimaksudkan mereka ialah kota Damascus atau Damsyik. Namun agak menghairankan, setelah menerima keberkatan doa Rasulullah S.A.W masa ada orang yang takut-takut untuk ke Syria. Kuman di seberang kelihatan tetapi gajah di depan mata tak Nampak.

BUMI SYRIA

Syria (Arab: سوريا Sūriyā atau سورية Sūriyah), secara rasminya Republik Arab Syria (Arabic:الجمهورية العربية السورية) ialah sebuah negara di Asia Barat Daya yang bersempadan dengan Laut Mediterranean dan Lubnan di barat, Israel di barat daya, Jordan di selatan, Iraq di timur dan Turki di utara. Negara Syria moden ialah bekas mandat Perancis yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1946, tetapi sejarahnya bermula seawal alaf ke-4 SM. Ibu negaranya Damsyik pernah dijadikan pusat pentadbiran Empayar Umayyad dan sebuah ibu wilayah Empayar Mamluk.

Syria mempunyai seramai 19.3 juta orang penduduk,[1] kebanyakannya penganut agama Islam Sunah berbahasa Arab iaitu 74% daripada seluruh populasi. Golongan Muslim lain termasuk mazhab Alawit pada 11%, Druze dan mazhab Islam lain pada 5%. Terdapat juga pelbagai mazhab Kristian yang membentuk 10% daripada seluruh populasi.[2] Sejak tahun 1963 negara ini ditadbir oleh Parti Baath; sejak 1970, ketua negeri sentiasa merupakan ahli keluarga Assad. Presiden Syria masa kini ialah Bashar al-Assad, anak kepada Hafez al-Assad yang memegang jawatan dari tahun 1970 sehinggalah meninggal dunia pada tahun 2000.[3] Mengikut sejarah, Syria pernah juga menakluki wilayah Lubnan, Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian-bahagian Jordan, tetapi terkecuali rantau Jazira di timur laut kawasan Syira moden.[perlu rujukan] Dalam erti kata sejarah, kawasan ini dikenali sebagai Syria Besar atau nama Arabnya Bilad al-Sham (بلاد الشام). Kerajaan Syria telah melepaskan tuntutannya terhadap rantau İskenderun, yang sekarang merupakan sebahagian wilayah Hatay di Turki. Kawasan ini pernah dijadikan sebahagian Syria, tetapi pihak Damsyik bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan Turki sebagai sebahagian perjanjian damai dalam sedekad yang lalu. Ketika perang Enam Hari tahun 1967, Israel menawan Tanah Tinggi Golan daripada Syria.[4]

Nama Syria berasal daripada nama Greek kuno "Syrians", Σύροι Syroi, yang dipakai oleh orang Greek untuk menggelar orang Assyria.[5] nama itu mungkin merupakan berasal daripada Ἀσσυρία, Assyria, yang bverasal pula daripada Aššur dalam bahasa Akkadia.[6]