SYRIA DI BAWAH MANDAT PERANCIS DAN MENJADI MANGSA KONSPIRASI PENJAJAH EROPAH


Dalam tahun 1918, kerajaan berparlimen telah diwujudkan di Damsyik dan dalam tahun 1920 Emir Faisal telah diistiharkan sebagai Raja Syria. Pada masa ini, Syria telah dikenalpasti secara geografi oleh perbatasan sempadannya yang bermula di gunung-gunung Tartous di Turki hinggalah ke Sinai di selatan. Orang-orang Arab berfikir bahawa Syria akan mentadbir urusan negaranya sendiri dan begitulah sepertimana yang dijelaskan oleh pihak British. Namun demikian, rahsia perjanjian Sykes-Picot memberikan titik noktah kepada inl. Perjanjian yang telah dimaterai dalarn tahun 1916 telah dilaksanakan selepas mensyuarat San Remo. Konspirasi penjajah Eropah terbongkar lagi. Syria telah dibahagikan kepada empat bahagian dan dikongsi bersama oleh Britain dan Perancis. Syria dan Lebanon menjadi milik Perancis manakala Palestin dan Jordan menjadi milik Britain. King Feisal telah diangkat menjadi raja Iraq. Syria kemudiannya dibahagikan oleh Perancis kepada wilayah-wilayah berasingan atau negeri iaitu Allepo, Damsyik, Latakia dan Hauran. Allepo kemudiannya dibawa masuk ke dalam negara Syria dengan Damsyik sebagai ibu negara. Di dalam tahun 1925 puak Druz di Hauran telah memberontak dan bergerak ke arah Damsyik yang menyaksikan Darosyik telah dibom dengan keras oleh pihak Perancis. Di dalam tahun 1939, Iskanderoun telah diserahkan kepada bangsa Turki demi menjadikannya sebagai sebuah wilayah berkecuali semasa perang dunia kedua. Dalam tahun 1942, Hauran dan Latakia telah dimasukkan ke dalam negara Syria. Dan di dalam tahun 1945 Syria telah memperolehi kemerdekaan dan dalam tahun berikutnya era Perancis di Syria pun berakhir.

P/S : Apabila kebanyakan negara Arab telah memperolehi kemerdekaan sekitar masa itu, kesatuan Arab dihidupkan semula. Syria telah memasuki beberapa perjanjian, antaranya bersatu dengan Mesir bagi membentuk Republik Arab Bersekutu. Walau bagaimanapun dalam tahun 1962 Persekutuan ini telah dibubarkan dan di dalam tahun 1963 Parti Al- Ba’ath Syria telah mengambil alih tampuk kuasa pemerintahan.