1098-1250 MASEHI: TENTERA SALIB DAN AYUBBIAH/CASTLE CRACK DES CHAVELIER/ SALAHUDIN AL-AYUBI DAN RICHARD OF THE LION HEART

Tentera Salib telah tiba di Syria dalam tahun 1098 Masehi di bawah pimpinan Raymond de Saint Gilles, Count of Toulouse, mereka merentasi jalan melalui lembah. Orantes (sungai ‘Asi) kernudian melalui Hama dan Sheizar hinggalah ke tapak yang dikenali sekarang sebagai Krak Des Chavaliers. Dalam bulan Disember 1098, mereka telah membunuh kaum lelaki di Maarat Al-Numan (di sini boleh ditemui makam Khalifah Umar bin Abdul Aziz). Apabila kawasan Latin, Edessajatuh ke tangan Zengi; seorang pemimpin Islam, ketumbukan tentera Salib yang kedua datang dan Perancis dan Jerman. Walaubagaimanapun, mereka tidak berjaya menawan Edessa dan mereka juga tidak berjaya menawan Damsyik. ini telah melumpuhkan semangat bangsa Eropah tersebut. Salahuddin Ayyubi terlalu berpengaruh dalam menumpaskan tentera Salib. Setelah mengalahkan tentera asing di Mesir dan Damiata dalam tahun 1170 masehi dan di Alexandria dalam tahun 1173 masehi dan sesudah beliau memperkuatkan kekuasaannya di Nuba, Mesir, Hijaz dan Yaman beliau meneruskan kempennya ke Syria. Damsyik telah menyambut kedatangannya dalam tahun 1 1 74 masehi tatkala ketua hakim Damsyik berkata kepadanya; “Kerehatan bagimu dijamin, bergembiralah, perintah adalah di tanganmu dan negeri ini menjadi milikmu. “ Beliau berjaya menawan Jurusalem seterusnya membebaskan Masjid A1-Aqsa, Acre, Sidon dan Beirut kesemuanya dalam tahun 1187 Masehi. Beliau juga telah melancarkan banyak peperangan terhadap pemimpin tentera Salib yang bernama Richard of the Lion Heart. Makam Salahudin Al- Ayubi boleh diziarahi di Damsyik di luar masjid Umawi. Salahudin Al-Ayubi yang masyhur dengan kata-katanya; “Aku lebih suka tersilap sewaktu memberi kemaafan dan bertindak benar sewaktu menjatuhkan hukuman., “ telah menerima penghormatan dan consular Jerman, William II (1888-1918) di waktu beliau menziarahi Damsyik dalam tahun 1898 dengan kata-katanya; “Aku terlalu gembira menjejakkan kaki ke negara di mana suatu ketika dahulu dihuni oleh seorang hero zaman lampau, tindakan-tindakan beliau merupakan pengajaran kepada para musuh, yang mengajar mereka bagaimana seorang hero itu layak memperolehi penghormatan.

P/S : Hero itu ialah Salahudin A1-Ayubi.” Beliau telah menghadiahkan sebuah replika makam Salahudin yang anda boleh lihat sendiri bersebelahan dengan makam Salahudin jika anda berpeluang menziarahinya di Damsyik.