Tempoh mi bukanlah merupakan zaman yang baik bagi Syria dan penduduknya. Lapan tahun selepas Burgi Mamaluk memegang tampuk kuasa (dan ibu negara mereka, Kaherah) sejarah menyaksikan serangan bangsa Mongol yang merosakkan apa sahaja di laluan mereka. Di bawah pimpinan Sultan Malik Zahir Shah Bybar komandar Mamaluk, bangsa Mongol telah dikalahkan dan Krak Des Chavelier, Safita dan Latakia kesemuanya telah diambil dan tentera Salib (1271 -1289 Masehi). Maka kubu terkuat tentera Salib di bumi Arab dan Islam. Dalam tahun 1291, Tartous telah diarnbil oleh pengganti Baybar, Sultan Khalil. Dalam tahun 1302 apabila garisan pertahanan tentera Salib di pulau Arwad (di Tartous, Syria) dirampas maka ia menandakan noktah terakhir penguasaan tentera Salib di timur tengah. Kumpulan Mamaluk yang kedua, Burgis telah memegang tampuk kuasa dalam’ tahun 1382. Ianya mengambil masa selama dua dekad yang penuh pertembungan antara mereka dan orang-orang sebelum mereka, bangsa Bahris sebelum mereka memegang tampuk kuasa itu. mi melemahkan benteng pertahanan mereka dan dalam tahun 1400 Damsyik telah diserang oleh Tamerlane (Mongol/bangsa Tartar). Beliau telah memusnahkan sebahägian besar Syria dan dengan pengubahan laluan perdagangan sekitar Afrika, perdagangan Syria telah jatuh.
P/S : Kota Kubu (castle) Crack Des Chavelier masih utuh hingga ke hari ini dan boleh dilawati. Di kota ini kita akan menemui keunikan senibina Eropah dan Islam.