Bumi Syria menyimpan jasad-jasad mulia para Nabi dan Rasul antaranya ialah Nabi Yahya (di dalarn masjid Umawi di kota Damsyik), Nabi Ayob (di Nawa), Nabi Zakaria (di dalam masjid Umawi di Allepo) dan Nabi Dzulkifli (di guñung Qasiyun) ‘alaihemussalam. Makam-makam mereka boleh diziarahi apabila anda berada di Syria. Begitu juga di tanah perkuburan Bab As-Saghir di Damsyik, makam-makam ahli keluarga Rasulullah S.A.W termasuk isteri-isteri baginda ummahatul mukminin iaitu Ummu Habibah dan Ummu Salamah, Sakinah bin Ali bin Abu Talib, para sahabat (Bilal Ar-Rabah, Mu’awiyyah, Ibnu Ummi Makhtum), para syuhada peperangan Karbala dan ahli sejarah dan Ilmu Islam Ibnu Asakir boleh diziarahi. Lain- lain sahabat Rasulullah yang dikebumikan di Damsyik ialah Abu Ad-Darda dan Dihyah Al-Kalbi (di mana sering malaikat Jibrail menemui Rasulullah S.A.W dengan menyerupai rupa beliau), di Homs terdapat Masjid Khalid Al-Walid radhiallahu anhu di mana di dalamnya terdapat makam beliau. Di Damsyik juga terdapat makarn Zainab dan Ruqaiyah, kedua-duanya adalah anak perempuan Au bin Abu.Talib radhiallahu anhu. Di bab As-Saghir juga dikebumikan khalifah Umaiyyah Abdui Malik bin Marwan dan anak beliau Walid bin Abdul Malik yang telah membina Masjid Umawi di Damsyik. Di zaman Walid-Iah, pemerintahan Islam berkembang luas di sebelah timur sehingga ke india dan di dunia Eropah sehingga ke Sepanyol. Beliau juga memerintahkan agar masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid A1-Aqsa di bina dan diperbaiki semula. Walid telah berkata; “Wahai penduduk Damsyik, aku melihat kamu berbangga-bangga dengan empat perkara; cuaca kota kamu ini, air dan buah buahannya dan tempat-tempat mandinya (harmmarn). dan aku ingin menambahkan perkara yang kelima iaitu masjid ini (masjid Umawi).”
Syria mengalami cuaca Mediterranean yang sederhana, 4 musim dan langit yang tidak berawan pada sebahagian besar dalam setiap tahun. Cuaca di musim Iuruh (September hingga November) adalah antara 20-25celsius, 30 celsius dalam musim panàs dan 5-10 celsius dalam musim sejuk. Cuaca dalam musim sejuk agak sederhana dengan saiji biasanya turun dalam bulan Januari dan Februari. Kami sedia menyambut kedatangan anda di sana. Syria boleh dikunjungi di sepanjang tahun bagi mengalami cuaca empat musim negara laut Mediterranean mi. Di kota Damsyik , air mineral dibekalkan ke setiap buah rumah melalui paip khas yang bersumber dan ‘Em Al-Fijr 20 km dan luar kota Damsyik.