BUMI YANG DIBERKATI ALLAH SWT


Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-Isra’ ayat pertama (maksudnya); “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan harnbaNya (Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihe wasallam) pada suatu malam dan Al-Masfid Al-Hararn ke masjid Al-Aqsa yang telah. Kami berkati sekelilingnya (dengan burni yang subur, tanarn-tanaman, buah-buahan, tempat ramai Nabi dan Rasul diutus dan tempat turunnya para malaikat) agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dan tanda-tanda kebesaran Kami. SesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Ma/ia Melihat. “ Bumi yang Allah berkati di sekelilingnya itu termasuklah Syria. Keselamatan di sini adalah terjamin di mana sekiranya anda keluar berjalan berseorangan di waktu dinihari, tiada siapa yang menganggu. Bagaimana tidak, sepuluh peratus dan penduduknya adalah polis rahsia yang tidak memakai seragam.

Sejak bertahun-tahun berada di Syria dan hinggalah ke hari ini, amat jarang kedengaran berlakunya kejadian . rompakan, ragut, rusuhan, pembunuhan, rogol dan lain-lain, perbuatan jenayah sadis. Walaupun Syria diasak oleh serangan provokasi oleh musuh musuh Islam namun Ia tetap utuh dan aman. Peperangan di Iraq tidak pernah mengugat lenanya tidur di malam hari. Kekejaman Zionis di Palestin dipaparkan setiap malam di kaca televisyen sejak sekian lama namun penduduk Syria sudah lali dengan semuanya itu. Namun demikian, bumi yang pernah diinjak Oleh kaki-kaki mulia para Anbiya dan Rasul Allah SWT ini dan menyimpan jasad-jasad suci mereka, tetap damai dan tenang setenang aliran sungai Barada yang mengalir lesu di tengah-tengah Bandar Damsyik. Gunung Qasiyun yang menjadi latarbelakang kota Damsyik adalah saksi kepada rentetan peristiwa yang pernah berlaku di atasnya dan juga di kota Damsyik. Di atas gunung inilah berlakunya pembunuhan pertama di dunia tatkala Qabil membunuh adiknya yang bernama Habil lantaran kurban yang disyaratkan oleh bapanya nabi Adam ‘alaihe salam untuk membolehkan salah seorang dan mereka menentukan pilihannya sendiri untuk mengahwini salah seorang dan kedua-dua adik perempuan mereka; Iqlima yang Iebih cantik atau Lubuda yang hodoh tidak diterima Allah SWT. Walaupun Adam ‘alaihe salam telah menentukan jodoh si Qabil adalah Lubuda. Hanya kurban Habil yang diterima Allah swt natijah keikhlasannya memberikan yang terbaik dan kambing ternaknya sedangkan Qabil menyuakan hasil tanamannya yang rosak dan buruk. Lalu perasaan cemburu dan dengki itu mendorong beliau membunuh adiknya sendiri. Sesungguhnya perebutan terhadap seorang wanita menjadi titik tolak kepada pembunuhan itu dan ,wanita-wanita yang cantik itu jugalah yang menjadi penghias kota Damsyik pada hari ini.

P/S :Jika anda berada di Syria, makam Habil boleh diziarahi di kawasan pergunungan Zabadani mengadap perlembahan Barada yang subur dengan ladang-ladang anggur, apricot, zaiton, tin dan oren. Berdiri di sini sejenak, imbaukan peristiwa tragis itu, bisikkan pada nurani anda sendiri; “Betapa sejarah itu harus dikutip dan diambil iktibarnya. “ Di musim sejuk pula kawasan pergunungan di sini memutih diliputi saiji.