ERA ISLAM/632-661 MASEHI: ZAMAN KHALIFAH AR- RASYIDIN/PEMBUKAAN SYRIA DAN PENAKLUKAN DAMSYIK MELALUI TUJUH PINTU KOTA


Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, pejuang-pejuang Islam mula menyebarkan agama Islam melalui jihad dan dakwah. Setelah kematian khalifah Ar-Rasyidin yang kedua Abu Bakar radhiallahu anhu, khalifah yang kedua Umar Al- Khattab radhiallahu anhu meneruskan kempen dakwah dan jihadnya ke atas bangsa Parsi justeru gangguan yang berterusan yang dilakukan mereka terhadap negara Islam. Kaum muslimin berjuang di dalam peperangan Namarraq menentang bangsa Parsi mi. Dan mereka telah berjaya. Kemudian berlaku pula peperangan Jasr. Di dalam peperangan itu tentera kaum muslimin telah dikalahkan. Kemudian kaum muslimin berjuang pula di dalam peperangan Buwaib, Qadisiya dan Jalula. Kaum muslimin telah memenangi kesemua peperangan mi. Mereka juga telah menawan Madam, Shustar dan Jande Sabur. Kemudian berlaku pula peperangan Nihawand. lnilah merupakan peperangan yang hebat dalam sejarah yang menamatkan era empayar Parsi. Ia juga membuktikan laluan masuk agama Islam ke tanah Parsi (Iran). Umar radhiallahu anhu juga berperang menentang Empayar Bizantin. Kaum muslimin menawan Syria dalam tahun 635 Masehi selepas peperangan Yarmuk di Jordan dalam tahun 634 masehi (di bawah pimpinan sahabat Nabi, Khalid bin Al-Walid dan Ubaidah bin Al-Jarrah radhiallahu anhuma menentang tentera Bazantine atau empayar Rom Timur, peperangan berlaku dua kali dalam tahun 634 Masehi dan 636 Masehi yang juga dimenangi oleh tentera Islam). Kemudian mereka menawan Jurusalem dan Mesir.
Sahabat-sahabat radhiallahu anhum telah mengepung dan menawan kota Damsyik tanpa sebarang pertempuran dan pertumpahan darah. Terdapat tujuh pintu kota Damsyik lama iaitu Bab Sharqi, Bab A1-Jabieh, Bab Touma, Bab Kisan, Bab Jneik, Bab Al-Faradis dan Bab A1Saghir. Bab bermaksud pintu. Sahabat Khaid Al-Walid radhiallahu anhu telah memasuki kota mi melalui Bab Sharqi (dan arah timur kota). Manakala sahabat Abu Ubaidah bin A1-Jarrah radhiallahu anhu telah memasukinya melalui Bab A1-Jabieh (dan arab barat), ‘Amru bin A1-’As radhiallahu melalui Bab Touma dan Yazid bin Abu Sufyan radhiallahu anhu melalui Bab Al-Saghir. Penaklukan ini mempamirkan sikap umat Islam yang penuh tolenransi dengan penganut lain-lain agama. Kaum muslimin dan kristian hidup aman damai sehinggakan mereka mengerjakan solat di dalam tempat yang sama (sebagaimana dalam sejarah awal masjid Umawi di Damsyik). Di zaman Mu’awiyyah radhiallahu anhu, kaum muslimin mengasaskan Bandar Kairouan di Tunisia. Mereka telah menawan Kabul, pulau Rhodes dan Samarkand (sekarang ini Uzbekistan) dan Tirmiz. Kempen juga dihantar ke Khurasan (sekarang ini Iran), Bukhara (sekarang ini Uzbekistan). 

P/S : Ketujuh-tujuh pintu kota ini boleh dilawati jika anda berkesempatan menziarahi kota Damsyik.