Faktor kebangkitan Islam

Dalam masa setengah abad selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W tiga benua telah jatuh di bawah pemerintahan islam dan kedua-dua kuasa besar pada masa itu; Parsi dan Rom telah ditewaskan. Keimanan, karekter dan semangat merekalah yang bertanggungjawab dalam pencapaian ini :

1 . Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihe wasallam telah meninggalkan ramai sahabat yang terlatih. Kaum muslimin tahu bahawa mereka berjuang kerana Allah SWT. Oleh itu mereka tidak merosakkan bumi yang mereka tawan, tidak juga mereka mengasari kaum yang rnereka tewaskan. Mereka berani, bersemangat dan tidak takutkan mati!

2. Mereka bukannya orang yang tamak dan cintakan dunia. Kehidupan mereka amat sedernaha dan zuhud. Zuhud bukan bermakna mesti berpakaian compang camping tetapi mengorbankan segala kekayaan harta benda demi menyebarkan agama Islam dan memajukan umatnya.

3. Cara kehidupan khalifah-khalifah Islam amat sederhana dan amat berbeza dengan kemewahan dan kekayaan yang dipertunjukkan oleh raja-raja Parsi dan Rom.

4. Mereka berlaku baik terhadap penduduk setiap tempat yang mereka tawan. Mereka tidak pernah memusnahkan sebarang kuil atau gereja. Mereka amat adil. Mereka hanya memilih untuk berperang apabila mereka tiada pilihan lain. Kerapkali mereka menandatangafli perjanjian damai demi menjamin keamanan menyeluruh. Melainkan mereka yang tidak menerima agama Islam diwajibkan membayar cukai yang dipanggil Jizyah sebagai tukaran kepada penlindungan yang diberikan oleh orang Islam kepada mereka. Dalam masa yang sama mereka dikecualikan dan membayar zakat dan menyertai kempen ketenteraan.

Karekter orang-orang Islam ini telah menawan hati ramai orang dan ramai memeluk agama islam setelah melihat amalan praktikal mereka ini. Tiada seorangpun dipaksa memeluk agama Islam.