Umayyah berlangsung antara 661- 750 selepas Masehi. Khalifah Umayyah yang pertama, Muawiyyah radhiallahu anhu telah memindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Damascus (Damsyik). Khalifah-khalifah Umayyah telah memperkuatkan empayar Islam. Mereka telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan juga memperkenalkan mata wang rasmi. Mereka juga telah memperkenalkan system pos. System mata wang telah mempermudahkan perdagangan dan mengurniakan kaum muslimin satu simbol kekuatan dan kuasa. Mereka juga telah membangunkan sistem pos. Merekä melangsungkan kehidupan sederhana dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Mereka telah memperkasakan ketumbukan tentera mereka terutamanya tentera laut. Empayar islam telah berkembang pada masa itu merangkumi Afrika dan Sepanyol, timur Pakistan, Afganistan dan Turkmenistan. Kekhalifahan Umaiyyah berakhir dalam tahun 750 masehi yang menyaksikan berakhirnya kepentingan kota Damsyik.
P/S: Makam sahabat Mu’awiyyah bin Abu Sufyan radhiallanhu boleh diziarahi di Bab As-Saghir di kota Damsyik sekiranya anda berpeluang berkunjung ke kota bersejarah ini.