SYRIA BUMI ANBIYA YANG DIBERKATI DOA SEMULIA-MULIA MAKHLUK
Keistimewaan dan keseronokan hidup di Syria hanya boleh digambarkan oleh mereka yang pernah menjadi penghuninya. Keramahan dan kehalusan budi pekerti penduduknya, meriahnya setiap masjid di setiap waktu solat, barang-barang yang murah, buah-buahan yang berbagai jenis, aiim ulama yang tawaduk, madrasah-madrasah yang tak pernah sunyi dihuni oleh pelajar-pelajar dan seluruh pelusuk dunia (ternasuk1ah pelajar-pelajar dan Malaysia seramai 300 orang) menjadi saksi keberkatan sebahagian bumi yang telah menerima pengormatan doa semulia-mulia makhluk Allah swt lewat hadis Rasulullah ‘S.A.W yang bermaksud; “Wa/wi Allah, berkaiilah Syarn kami.” (Hadis riwayat imam Bukhari dan At-Tirmidzi) Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah ‘S.A.W; “Wahai Rasulullah, jika tiada keamanan di dunia mi lagi, ke manakah harus kami pergi?” Rasulullah menjawab, “ ‘Alaikumu bi as-syam” (hendaklah kamu pergi ke bumi Syam). “Syam” pada makna literal bahasa Arab bermaksud “Syria” namun ia termasuk juga kawasan negara Jordan moden pada hariini. Apabila anda berada di mana-mana negara teluk , sekiranya ditanyakan pada anda, “Anda ingin ke Syam?” maka yang dimaksudkanoleh si penanyaitu ialah Syria. Sekiranya pula anda berada di mana-mana Bandar di Syria, Syam yang dimaksudkan mereka ialah kota Damascus atau Damsyik. Namun agak menghairankan, setelah menerima keberkatan doa Rasulullah S.A.W masa ada orang yang takut-takut untuk ke Syria. Kuman di seberang kelihatan tetapi gajahdi depan mata tak Nampak.