Imam Ahmad dan At-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu anhu bahawa Nabi S.A.W telah bersabda (maksudnya); “Kebahagiaan untuk penduduk Syam.” Ditanyakan kepada Rasulullah; “Ya Rasulullah, bagaimañakah yang sedemikian itu berlaku?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya malaikat-malaikat Allah menebarkan sayap-sayap mereka ke atasnya (bumi Syam).’ Telah diriwayatkan oleh Al-Hafidz Yahya bin Thiba’ah dan At-Tabarani daripada Wasilah bin Al-Ashqa’ katanya; “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda kepada Huzaifah dan Mu’az tatkala kedua-dua sahabat itu meminta pandangan Rasulullah tentang sebaik-baik tempat untuk didiami, maka baginda telah memberi isyarat ke arah Syam seraya bersabda; “Hendaklah kamu menetap di Syam justeru sesungguhnya ia negeri pilihan Allah yang dihuni oleh makhluk-makhlukNya yang baik dan sesungguhnya’ Allah memberi jaminan kepadaku terhadap Syam dan penduduknya.” Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Mu’awiyyah bin Abi Sufyan radhiallahu anhuma bahawa di dalam khutbahnya beliau telah berkata; “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; “Berterusanlah terdapat di kalangan umatku, segolongan manusia yang berjuang menegakkan perintah Allah di rnana tidaklah memudaratkan mereka sekalipun orang lain meninggalkan mereka tanpa sebarang bantuan dan orang-orang yang menentang mereka juga tidak mampu mendatangkan sebarang kemudaratan ke atas mereka hinggalah datang keputusan Allah (hari kiamat) sedang mereka kekal dalam keadaan sedemikian.” Malik bin Yakhomir (salah seorang tabi’in yang ulung) telah berkata kepada Mu’awiyyah; “Aku telab mendengar Mu’az bin Jabal radhiallahu anhu berkata; “Mereka berada di Syam.” Imam Ahmad juga telah meriwayatkan daripada Abu Ad-Darda’ radhiallahu anhu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya); “Tempat berlindung orang-orang Islam pada hari pertempuran itu adalah di Ghutah berhampiran sebuah kota yang dipanggil orang “Damsyik Al-Syam” yang merupakan sebaik-baik kota di bumi Syam.” Imam Ahmad juga telah meriwayatkan di dalam kitab Musnadnya daripada Abu Ad-Darda’ radhiallahu anhu katanya; “Rasulullah S.A.W telah bersabda (maksudnya); “Tatkala daku tidur, aku telah melihat helaian-helaian ‘Al-Kitab (Al-Quran) melayang-layang dan bawah kepalaku dan daku menyangka bahawa ia dibawa pergi lalu aku mengekorinya dengan pandangan mataku. Namun daku dapati ia menghala ke Syam. Ketahuilah sesungguhnya iman itu tatkala berlakunya berbagai fitnah berada di Syam.” At-Tabarani dan Al-Hakim telah meriwayatkan daripada Abu Umamah radhiallahu anhu daripada Nabi S.A.W yang telah bersabda; “AsS yam adalah antara negeri pilihan Allah, di sanalah orang-orang terpilih dan kalangan hamba-hambaNya berlindung. Maka barangsiapa lan dan Syam ke tempat lain maka ia keluar dengan kemurkaan dan barangsiapa memasukinya maka ia memasukinya dengan rahmat.”